Monday, 30 April 2012

KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 1: KEDUDUKAN)


Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat.

Terdapat dua cara menyatakan kedudukan:
v  Koordinat
v  Titik rujukan

Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik rujukan.Contoh Wendy  (objek) duduk di belakang Kavitha (titik rujukan).


Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain.


KOORDINAT

Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris.
Koordinat dinyatakan dalam empat angka.
Contohnya kedudukan Wendy ialah pada koordinat 0303, manakala kedudukan Kavitha  ialah 0302.
Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris.



No comments:

Post a comment