Monday 30 April 2012

LITOSFERA DAN ASTENOSFERA


PEREDARAN BUMI



TEMA 1 : KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI


Kedudukan Malaysia


1  Berhampiran Garisan Khatulistiwa.

2  Keluasan :  329 733km persegi

3  Terdiri darpada :
      a)  13 buah negeri
      b)    3 wilayah persekutuan

4   Mempunyai kedudukan geografi strategik :
      a)  kedudukan di tengah-tengah jalan laut  antara timur dan barat.
      b)  terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan Angin taufan.

Bentuk Muka Bumi Malaysia


Tanah Tinggi

1  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.

2  Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
c)     Banjaran Bintang 

a)    Banjaran Keledang
b)    Banjaran Titiwangsa/Besar
c)     Banajran Benom
d)    Banjaran Tahan
e)    Banjaran Pantai Timur

3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey

4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang  

5  Banjaran Titiwangsa:
a)    tulang belakang Sem.M`sia
b)    terpanjang (480km)
c)     dikenali Banjaran Besar
d)    kemuncak tertinggi -  Gunung Korbu (2182m)
e)    3 pusat peranginan :
            i-   Tanah Tinggi Genting
            ii-  Tanah Tinggi Cameron
            iii- Bukit Fraser
f)     legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.

 6  Banjaran Crocker: 
      a)  terbesar dan tertinggi di Malaysia.
b)    Kemuncak tertinggi  -  Gunung Kinabalu (4101m)
      c)  terdapat Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.

7  Banjaran Tama Abu
a)    banjaran utama Sarawak
      b)   kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m)


Sistem Gunung Lipat


1  Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem  Banjaran Gunung Asia, bermula dari Pusaran   
    Pamir di utara India.

2  Banjaran di Malaysia menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi Thailand dan  
    membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain. 

3  Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.

4  Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.

5  Gunung lipat terdiri daripada
a)    gunung lipat tua
b)    gunung lipat muda
Kejadian Gunung Lipat

Tanah Pamah


Terdiri daripada :
A   lembangan sungai
B   delta
C   dataran pantai

1  Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dancawangan-cawangannya.

2  Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.

3  Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran  pantai.

4  Ditimbuni tanih alluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Dataran Kelantan dan Delta Rajang.

5  Tanah pamah dan dataran :
a)    Dataran Kedah-Perlis
b)    Dataran Hilir Perak
c)     Dataran Selangor
d)    Dataran Johor
e)    Dataran Pahang
f)     Dataran Terengganu
g)    Dataran Kelantan
h)    Delta Rajang
i)      Dataran Pantai Barat Sarawak
j)     Delta Baram
k)    Dataran Pantai Barat Sabah
l)      Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m)   Delta Segama
n)    Dataran Pantai Timur Sabah


Saliran di Malaysia

1 Malaysia mempunyai banyak sungai    kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.

2  Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk ke Laut dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.

3  Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.

4  Sungai- sungai di Sem Malaysia :    
                   Sungai  Muda
                   Sungai Perak
                   Sungai Bernam
                   Sungai Endau
                   Sungai Pahang
                   Sungai Terengganu
                   Sungai Kelantan

5  Sungai-sungai di Sarawak :   
                   Sungai Rajang
                   Sungai Baram
                   Sungai Lupar

6  Sungai-sungai di  Sabah :
                  Sungai Padas
                  Sungai  Labuk           
                  Sungai Kinabatangan
                  Sungai Segama

7  Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat hilirnya,

8  Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.

9  Tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik  Chenderoh, Tasik Perdana.  


Pola Saliran

Pola  sairan ialah  cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.

a)    pola saliran reranting
- bentuk ranting pokok     
- di kawasan batuan yang sama kekerasan
- contoh: Sungai Pahang
               Sungai Kelantan


KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 5: PETA)



Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.

Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.

Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.



SIMBOL FIZIKAL

Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.


SIMBOL BUDAYA

Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, dan perlombongan

Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.

Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.

Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.


A.               Alur
B.P      Balai Polis
Hosp.   Hospital
Sek.     Sekolah
Kg.       Kampung



MELUKIS PETA LAKAR

Langkah-langkah melukis peta lakar:
  1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
  2. Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
  3. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
  4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.

MENTAFSIR PETA


Peta Pekan Mawar dan kawasan sekitarnya.

Langkah-langkah mentafsir peta:

  1. perhatikan tajuk peta.
  2. perhatikan petunjuk arah mata angin.
  3. perhatikan petunjuk peta.
  4. perhatikan skala.
  5. kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya.
  6. tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.

KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 4: GRAF)



Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.

Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah ditafsir.

Jadual perlu dibina sebelum membina graf.

Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.






MENTAFSIR GRAF


Semasa mentafsir jadual dan graf, anda mesti meneliti tajuk, jumlah, nilai tertinggi dan nilai terendah.





KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 3: SKALA DAN JARAK SKALA)



Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.

Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.

Selain itu terdapat juga skala penyata.


JARAK

Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).


MENGUKUR JARAK ATAS PETA

Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.


Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.



Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta.

KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 2: ARAH)


v  Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
v  Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.



Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.


Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu :
utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).

Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.



Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.

Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.