Monday, 30 April 2012
TEMA 1 : KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI
Kedudukan
Malaysia
1 Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2 Keluasan :
329 733km persegi
3 Terdiri darpada :
a)
13 buah negeri
b) 3 wilayah persekutuan
4 Mempunyai kedudukan geografi strategik :
a)
kedudukan di tengah-tengah jalan laut antara timur dan barat.
b)
terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan Angin taufan.
Bentuk Muka Bumi Malaysia
Tanah Tinggi
1 Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.
2 Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)
Banjaran Nakawan
b)
Banjaran Kedah Singora
c)
Banjaran Bintang
a)
Banjaran Keledang
b)
Banjaran Titiwangsa/Besar
c)
Banajran Benom
d)
Banjaran Tahan
e)
Banjaran Pantai Timur
3 Banjaran di Sabah:
a)
Banjaran Crocker
b)
Banjaran Trus Madi
c)
Banjaran Witti
d)
Banjaran Maitland
e)
Banjaran Brassey
4 Banjaran di Sarawak :
a)
Banjaran Tama Abu
b)
Pergunungan Iran
c)
Pergunungan Hose
d)
Banjaran Kapuas Hulu
e)
Banjaran Kelinkang
5 Banjaran Titiwangsa:
a)
tulang belakang Sem.M`sia
b)
terpanjang (480km)
c)
dikenali Banjaran Besar
d)
kemuncak tertinggi - Gunung Korbu (2182m)
e)
3 pusat peranginan :
i- Tanah Tinggi Genting
ii- Tanah Tinggi Cameron
iii- Bukit Fraser
f)
legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.
6
Banjaran Crocker:
a)
terbesar dan tertinggi di Malaysia.
b)
Kemuncak tertinggi - Gunung Kinabalu (4101m)
c)
terdapat Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.
7 Banjaran Tama Abu
a)
banjaran utama Sarawak
b)
kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m)
Sistem
Gunung Lipat
1 Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem
Banjaran Gunung Asia, bermula dari Pusaran
Pamir di utara India.
2 Banjaran di Malaysia menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi Thailand dan
membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain.
3 Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.
4 Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.
5 Gunung lipat terdiri daripada
a)
gunung lipat tua
b)
gunung lipat muda
Kejadian Gunung Lipat |
Tanah Pamah
Terdiri daripada :
A lembangan sungai
B delta
C dataran pantai
1 Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dancawangan-cawangannya.
2 Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.
3 Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran pantai.
4 Ditimbuni tanih alluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Dataran Kelantan dan Delta Rajang.
5 Tanah pamah dan dataran :
a)
Dataran Kedah-Perlis
b)
Dataran Hilir Perak
c)
Dataran Selangor
d)
Dataran Johor
e)
Dataran Pahang
f)
Dataran Terengganu
g)
Dataran Kelantan
h)
Delta Rajang
i)
Dataran Pantai Barat Sarawak
j)
Delta Baram
k)
Dataran Pantai Barat Sabah
l)
Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m)
Delta Segama
n)
Dataran Pantai Timur Sabah
Saliran di Malaysia
1
Malaysia mempunyai banyak sungai
kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2 Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca
dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk ke Laut dan
pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.
3 Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari
banjaran gunung di pedalaman dan mengalir masuk ke Laut China Selatan dan Laut
Sulu.
4 Sungai-
sungai di Sem Malaysia :
Sungai Muda
Sungai Perak
Sungai Bernam
Sungai Endau
Sungai Pahang
Sungai Terengganu
Sungai Kelantan
5 Sungai-sungai di Sarawak :
Sungai Rajang
Sungai Baram
Sungai Lupar
6 Sungai-sungai di Sabah :
Sungai Padas
Sungai Labuk
Sungai Kinabatangan
Sungai Segama
7 Sungai-sungai di Malaysia adalah deras
alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat hilirnya,
8 Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik
Chini.
9 Tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana.
Pola Saliran
Pola
sairan ialah cara cawangan sungai
dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.
a)
pola saliran reranting
- bentuk ranting
pokok
- di kawasan batuan
yang sama kekerasan
- contoh: Sungai
Pahang
Sungai Kelantan
KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 5: PETA)
Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.
Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.
SIMBOL FIZIKAL
Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
SIMBOL BUDAYA
Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, dan perlombongan
Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.
Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.
Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.
A. Alur
B.P Balai Polis
Hosp. Hospital
Sek. Sekolah
Kg. Kampung
|
MELUKIS PETA LAKAR
Langkah-langkah melukis peta lakar:
- Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
- Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
- Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
- Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.
MENTAFSIR PETA
KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 4: GRAF)
Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.
Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah ditafsir.
Jadual perlu dibina sebelum membina graf.
Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.
KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 3: SKALA DAN JARAK SKALA)
Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.
Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.
Selain itu terdapat juga skala penyata.
JARAK
Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).
MENGUKUR JARAK ATAS PETA
Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.
Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.
Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta.
KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 2: ARAH)
v Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
v Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.
Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.
Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu :
utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).
utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).
Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.
Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.
Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.
KEMAHIRAN GEOGRAFI (UNIT 1: KEDUDUKAN)
Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat.
Terdapat dua cara menyatakan kedudukan:
v Koordinat
v Titik rujukan
Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik
rujukan.Contoh Wendy (objek) duduk di
belakang Kavitha (titik rujukan).
Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk
menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain.
KOORDINAT
Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris.
Koordinat dinyatakan dalam empat angka.
Contohnya kedudukan Wendy ialah pada koordinat 0303,
manakala kedudukan Kavitha ialah 0302.
Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh
baris.
Subscribe to:
Posts (Atom)